Mahkota seseorang adalah akalnya.
Derajat seseorang adalah agamanya.
Sedangkan kehormatan seseorang
adalah budi pekertinya."

[Umar bin Khattab Radhiyallahu 'Anhu]

Berani menyuarakan pendapat, berani kerana menegakkan sesuatu yang benar, berani untuk memilih yang tepat.
Takut hanya pada Allah, hormat hanya pada manusia.

" Bila MATA adalah tempat untuk melihat sesuatu yang NYATA, maka HATI adalah tempat untuk melihat apa yang TAK nyata namun kita boleh 'merasakan' itu nyata, maka RASAkan setiap CINTA & KASIH orang-orang disampingmu, disitulah kita akan merasakan kehangatan yang belum pernah kita rasakan, iaitu rasa KASIH SAYANG....."


Isnin, 24 Oktober 2011

bunga teratai..







Walaupun bunga teratai tumbuh di dalam lumpur tetapi masih boleh membuat dunia ni cerah dan harum.Bukan saja namanya sedap malah segalanya pun disukai ramai..

Mempunyai keinginan yang tidak kita ketahui.Mereka dipisahkan kerana alasan duniawi dan dipisahkan dihujung bumi.Namun jiwa mereka yang besar dan terus hidup...sampai kematian datang mengheret mereka...


Cantik,indah dipandang jika menggunakan mata hati..bukan sekadar dari mata kasar..masih lagi tumbuh segar,berkembang mewah..bertemankan lumpur,tetap gagah hidup.menghirup udara segar tanpa sesak nafas..

Memberi senyuman untuk orang lain,menghilangkan kesedihan insan lain,meringankan beban manusia sekeliling...menjadi teman setia untuk teman teman..

Indah nya hidup bila seumpama bunga teratai tersebut..walaupun tak secantik yang lain..tapi hidup tak pernah sunyi dan kering untuk menagih kasih...

Keindahan yang tercipta adalah kehidupan itu sendiri saat kita membuka tabir penutup wajah.
Banyak diantara kita yang menderita adalah pilihan kita sendiri.Ubat pahit kehidupan adalah agar manusia sembuh dari luka hati dan penyakit jiwa..perlulah percaya tabib kehidupan tu..dan teguk habis ramuan pahit itu dengan cekal dan tanpa bicara..

Tapi bunga teratai bukanlah lambang penderitaan,kesunyian tetapi lambang kekuatan peribadi..mungkin sesetengah dari kita menganggap bunga ini tak ada istimewenya,tapi insan yang punya jiwa yang besar..dia dapat menilai betapa istimewanya bunya teratai tersebut dan beruntung hidup jika seumpamanya..

Bersendiri di dalam lumpur yang tandus.,tetapi hudupnya tidak pernah sepi dan kering..tak perlu disiram tiap hari..ia boleh berdikari tanpa ada yang rasa menyusahkan.Malah lebih banyak kebaikan dan kesenangan diberi kepada insan lain.


p/s:
sometime,it is good to be “alone” but that doesn’t make us lonely.
It is not a matter of being present ‘with’ someone, it is a matter of being present ‘to’ someone. Many people will walk in and out of your life, but leave footprints in your heart.

Isnin, 17 Oktober 2011


Kulit ja besar..tapi isi tak macam kulit..isi kecik ja..kalau makan keropok pun macam tu jugak,plastik bungkusan besar,tapi isi tak banyak seperti yang dilihat..

Begitu jugak la kehidupan kita,tak semua yang diimpikan menjadi kenyataan.Sebesar,setinggi mana sekalipun harapan kita,tetapi hasilnya tak mungkin akan seperti yang diharapkan.

Macam aku,exam SPM dulu..ingat lagi,aku dah usaha yang terbaik,study all out sebab teringin nak masuk U la kononny pastu teringin nak g luar ngara..JEPUN..hehe.tapi..usaha tu mybe tak cukup lagi kot.
Dapat ja result SPM,hampeh..tak seperti yang aku harapkan...so,frust punya pasal,aku tak mintak ke mana2 pun..duduk ja kt rumah..

Rasa macam dah putus asa,tapi dalam masa yang sama aku mula berfikir matang ckit..huhu
Mungkin sekarang aku gagal,tapi kalau aku tak cuba lagi,mybe aku akan terus gagal..tak ada istilah gagal kecuali aku yang mengatakan gagal..kalau tak cuba mana tau kan..

Seperti sekeping kertas yang masih lagi bersih kosong tanpa coretan...atas kertas tersebut kita menulis,dan hasilkan sebuah karangan atau sebagainya..begitu juga hidup.jika kita merancang dengan baik,hidup akan menjadi sesuatu yang lebih bermakna..

Dan dari itu..aku cuba mencorak kehidupan yang selama ini ibarat layang-layang terputus talinya.Cuba untuk tak mengambil kisah bunyi2 yang kedengaran sumbing di anak telinga.

Hehe..sejak bila aku ambil kisah apa orang cakap kan..aku sambung study tak lama lepas tu,sebab taknak mak aku kecewa ngan aku..and nak buktikan aku bukan tak boleh diharapkan..

Banyak benda yang dah berlaku terjadi tanpa keinginan..tapi semua tu aku rasa macam tengah bawak kereta pastu traficklight merah..kena stop jab..bil dah hijau,,go on la kan..tak kan nak berenti lagi.

Dunia aku sekarang tak lagi macam dulu..dunia yang dah lama aku tinggalkan..hidup macam roda..kejab di bawah kejab di atas..walaupun berada di atas,kadang kena jugak ingat bila kita hidup di bawah..supaya tak lupa daratan..mana asal kita..^_^

Khamis, 13 Oktober 2011

belajar bahasa arab

hui huii...
mai nak jengok sikit..hari2 sikit skit ok la..lama lama jadi la banglo tiga tingkat idaman hati...
nak cerita mai ni..

lahaa..semalam cek belajaq belajar bahasa arab dengan adek cek.tingkatan 4 bawu...
haha..ok la kn..tau la juga 2 3 perkataan dari tak tahu an..

kalau sebelum ni susah sangat nak tengok dia baca buku tekun smapai macam semalam tu'
la tu la..orang kata,,"study last minute"
sama ja aku pun..(hehehe)..

sejuk hati eden tengok..
lancaq ja ..padahal tak faham pun..nak tolong tak reti..
tapi insyaallah..lama2 ok la kn..

 tak susah melainkan kita kata susah
nak seribu daya,tak nak seribu dalih

belajar ni best..tapi jadi tak best bila sendiri tak mau..

Ahad, 9 Oktober 2011

masuk gear terus jalan....


wahai sahabat yang dihormati
jika kau terluka kerana aku,
beritahulah aku..supaya dapat aku sembuhkannya semula
jika kau susah kerana aku..
percaya lah bahawa tak pernah terlintas pun tuk aku beri kesulitan kepadamu.
Jika  tak sedar air jernis mengalir dipipi bersihmu
Sapalah aku agar aku tahu kesedihanmu itu
Jika kau mendapat kejayaan
Aku ingin sekali menjadi yang terakhir yang meraikannya
Tanpa sesak kenalanmu yang lain..
Bukan aku tak mahu bersamamu sentiasa ke mana saja..
Tapi tahukah kau bahawa
Aku mahu kau juga mengenali yang lain
supaya dapat kau menilai diri ini..
Tika aku bersama yang lain tanpa menghiraukan mu
Tahu tak bahawa lirik mata aku ini tak pernah lari dari memerhatikanmu
Kerana aku tak mahu kau tergelincir sedikit pun..
Bila kau makin jauh dari aku..
Tak terlintas di fikiran ini cemburu akan yang lain
Malah aku gembira kau sentiasa berteman..
Dan hari ini jika aku tak lagi bersama mu..
Kenangan yang pernah wujud tak pernah terpadam..

"Sahabat yang baik apabila dipandang wajahny,membawa mengingati kepada ALLH,mendengar kata2nya menambahkan ilmu,terlihat gerak geriknya meninggikan takut kpd ALLAH,berkawan dengannya berjuang ke jalan ALLAH"

 ikhlas dari : K1750 G4D15

Jumaat, 7 Oktober 2011

Minda yang sedar..akan ada kesedaran..~~


Ada tak benda dalam dunia ni yang tak dapat dibeli dengan wang?tak dapat dibeli dengan seberapa banyak wang sekali pun..

Pertemuan yang tak patut berlaku..semakin kerap bertemu..badan makin bau hanyir..pertemuan yang paling kena berjaga-jaga adalah pertemuan yang bagaikan bunga.bersorak semasa berkembang dibuang semasa layu..pertemuan paling cantik adalah pertemuan bagaikan sapu tangan kerana semasa kamu bersusah payah,orang itu mengelap peluh kamu semasa kamu rasa sedih..

Tak semua yang kita pikir,mahu..akan berlaku,mungkin sebaliknya juga..tanpa dijangka.so be ready la sebelum tekejut kan..

Tak kenal maka tak cinta...tapi kadang kadang..bila dah kenal macam celaka pulak..macam dunia la..terbalik dah..jangan esok tengok orang jalan guna tangan,makan guna kaki sudah..

Patut la..binatang pun takut nak jadi manusia..bersyukur lagi ada la..

“Inginkan mutiara selamilah lautan,inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,inginkan kejayaan ralailah pengorbanan..ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1001 kemanisan..”
Dalam apa ja perkara..kalau nak selesaikan dia..satu ja “kebijaksanaan”...bijak nak harung suma tu..bukan main sorong ja..kalu tak.lauk la.

Macam mana kita nak selesaikan nya menentukan tahap sebenar ilmu yang ada.Bila kita mula takut dengan tahap ketinggian diri sendiri,masa tu la kita nak menghakimi orang lain...so..beware la.

Bala atau ujian??

Musibah juga berlaku bertujuan menampakkan rahnatNya kepada makhluk yang bernama manusia agar tidak melupakan kehambaanya dan tidak menyombongkan diri.

FirmanNya dalam surah ah-Hadid ayat 22-23 yang bermaksud:

“ Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa yang ditimpakan di dumi,dan tidak juga yang menimpa diri kamu elainkan telah sedia ada dalam Kitab (pengetahuan kami). Sebelum kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu,dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu.Dan ingitlah,Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur,lagi mmembanggakan diri.

Khamis, 6 Oktober 2011


Assalamualaikum


Hari yang indah,sentiasa dirahmati allah,moga kalian juga merasakan rahmat dariNya.

Banyak perkara yang boleh kita persoalkan sekarang..dunia maju,orang pun maju,tapi pemikiran masih cetek.

Tiada lagi hormat anak pada ibu bapa,tak ada lagi batas pergaulan remaja,hilang dek zaman..kerana budaya yang tak sepatutnya kita ikuti..

Sikap mazmumah kita kutip..tapi..sikap-sikap mahmudah kita lempar jauh-jauh..

Berhibur tak ada salah..kerana hiburan itu indah.Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.

Betapa susah Rasullulah s.a.w memperjuangkan agama Islam pada zaman dahulu.Perbagai dugaan dan ujian yang ditempuh Rasullullah s.a.w..mengapa kita sekarang,anak cucu Adam membiarkan usaha itu berciciran begitu sahaja.

Kita hanya melihat remaja sekarang terpesong tanpa rasa bersalah.Malah ada pula ibu bapa yang mendorong perbuatan-perbuatan itu.Seolah-olah membiarkan saudara seislam meratah daging sesama sendiri. Dimana nilai kita sebagai seorang islam.

Sekarang,nama ja islam,,tapi mengucap dua kalimah syahadah belum tentu lancar seperti seorang islam.
Kasihan melihat anak anak remaja sekarang..tak ada dorongan untuk perbetulkan diri yang sedia terpesong..malahan tak ada yang ingin meringankan bibir untuk menasihati mereka..

Sekarang dunia makin gah untuk melihat remaja makin rosak...rosak seperti daun dimamah oleh ulat..sedikit demi sedikit ia rosak.dan dalam tak sedar..daun tersebut dah pun rosak.seperti itu juga anak remaja kini.sedikit demi sedikit bertapak ke dunia maya mereka.tak sedar bahwa diri sudah terlalu banyak leka dengan keseronokan yang hanya sementara ini.

Tak ada lagi sifat malu,hilang sudah maruah diri yang seharusnya dibela..dan tak bernilai lagi agama yang dipegang..seakan berada di syurga buatan sendiri..

Anasir yang menjadi punca hanya melihat sambil ketawa..apa lagi yang ingin dikata?? hanya senyuman menampakkan kemenangan mereka..

Syaitan yang selama ini berusaha untuk merosakkan anak cucu Adam ketawa dengan bangganya..hanya menunding jari .siaapa yang harus dipersalahkan?? Soalan hanya tinggal sebagai persoalan...

Wahai dunia.lihatlah betapa gahnya mereka menguasai minda kita semua..berleluasa tanpa sebarang penghujungnya..sampai bila? 

p/s: “tepuk dada,tanya minda,,ungkap dengan iman yang sedia terpelihara”



Isnin, 3 Oktober 2011

Doa..



Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktuMU,kecantikan itu ialah KecantikanMU,keindahan itu ialah keindahanMU,kekuatu itu ialah kekuatanMU,kekuasaan itu ialah kekuasaanMU,dan perlindungan itu ialah perlindunganMU..Ya Allah,jika rezekiku masih di langit Engkau turunkanlah,jika ada di dalam bumi Engkau keluarkanlah,jika sukar Engkau permudahkanlah,jika haram Engkau sucikanlah dan jika masih jauh Engkau dekatkanlah,berkat waktu Dhuha ,keagunganMu,keindahanMu,kekuatanMu dan kekuasaanMu,limpahkanlah kepadaku apa yang engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

Ahad, 2 Oktober 2011


Masyaallah..lamo beno tak tengok halaman umah ni..lalang pun dah tumbuh meninggi.sihat pulak tu..tetiba nak menaip...warming up jab..
Almaklum lah..internet free kat umah kakak aku ni..:)


Dari Abu hurairah r.a katanya,Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta yang melimpah-limpah dan dengan kecantikan ,maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”


Make peace with your past,so it won’t mess up the present

What other people think of you is none of your business...and dont worry what people thing,they dont do it very often

Actually aku buat N3 ni sebab ada ketidakpuasan hati..maybe salah seniri jugak kot.
Aku ada alasan aku sendiri kenapa dan mengapa..

Kenapa ya .semasa mereka melakukan apa yang aku pernah lakukan ,mereka diam ?,.hanya tahu menyalah kan orang lain..or maybe mereka pikir mereka tak salah pun?or orang yang buat perkar yang sama aku buat tu tak nampak or saja buat-buat tak nampak???

Or mereka pun pikir mereka ada alasan mereka sendiri?

Bagi mereka yang beriman,lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia.Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiarayang berhikmah.Oleh itu,DIAM benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia..

Manusia tidak akan dapat mennyalahkan syaitan kecuali dengan diam.Jalan yang terbaik  ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! Bicara perkara yang baik lambang hati yang bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


ps:
aku juga insan yang lemah