Mahkota seseorang adalah akalnya.
Derajat seseorang adalah agamanya.
Sedangkan kehormatan seseorang
adalah budi pekertinya."

[Umar bin Khattab Radhiyallahu 'Anhu]

Berani menyuarakan pendapat, berani kerana menegakkan sesuatu yang benar, berani untuk memilih yang tepat.
Takut hanya pada Allah, hormat hanya pada manusia.

" Bila MATA adalah tempat untuk melihat sesuatu yang NYATA, maka HATI adalah tempat untuk melihat apa yang TAK nyata namun kita boleh 'merasakan' itu nyata, maka RASAkan setiap CINTA & KASIH orang-orang disampingmu, disitulah kita akan merasakan kehangatan yang belum pernah kita rasakan, iaitu rasa KASIH SAYANG....."


Sabtu, 31 Disember 2011



Subhanallah..subhanallah..aku mencintainya..

Cinta..aku terlalu mencintai mu..terlalu menyayangimu..dengan nama allah,aku sangat menyayangimu..Hingga hembusan nafas terakhir aku,hanya cintamu di hati ku.Dan hanya mati dapat memisahkan kita.Cinta tak mengenal siapa.tak juga mengenal usia.Apa aku salah mencintaimu?

Cinta..maafkan aku,jika aku menyakitimu tanpa aku sedar..
Cinta..maafkan aku jika engkau terluka tanpa sempat aku mengubati  luka itu.
Cinta..maafkan aku jika aku bukan yang terbaik untukmu
Cinta.maafkan aku jika terlalu banyak rahsia dari mu
Cinta..maafkan aku jika aku tak bisa membahagiakanmu
Cinta maafkan aku jika senyum di bibir mu bukan lagi seikhlas dulu
Cinta..maafkan aku jika selama ini aku hanya menjadi beban padamu
Cinta..izinkan aku memohon ampun pada mu dari permulaan kita bermula.

Cinta aku terletaknya di sini..di hati!! Percayalah,meskipun tersembunyi namun getarannya jelas sekali.Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan aku hinggakan kadangkala aku melakukan hal terbodoh tanpa aku sedari.Cinta dimulai dengan senyuman ,tumbuh dengan dekapan dan seringkali berakhir dengan air mata.
Subhanallah..subhanallah..aku sangat mencintaimu..

Ya Rabbi..jika aku diberi peluang,izinkan menyatakannya sekali lagi..terlalu derita menanggung kerinduan ini..

p/s: Nia Manja.

Isnin, 5 Disember 2011

manisnya hidup bila sentiasa merasakan nikmatnya


Aku masih lagi orang yang sama...
Cuma keadaan dan kehendak hidup yang membuatkan aku berbeza...
Kekadang bila aku sendirian ,terkenang peristiwa yang mengusik minda..teman2 yang dahulunya sedia menemani diri takkala kesunyian.tetapi hakikatnya semua itu tak kan kekal lama..kerana setiap insan punya kehidupan sendiri bila tiba saatnya..keadaan yang memaksa dan kehendak hidup masing masing yang meminta untuk tidak lagi kami brsama..rindu?ofcourse rindu.miss them always.

Masa silam tak akan hilang dan tak akan mati,tetapi hidup mesti bahagia..
Aku meneruskan hidup dengan penuh cobaan.tiap waktu,tiap detik..walaupun semuanya memberi impak yang berbeza,kecil dan besar tapi kesannya tak dilupakan.Kadang ada yang menganggap coban itu bala..kenapa?sedangkan mereka sedia tahu bahawa ianya bukan sekadar untuk mendera,sebalik kedukaan itu ada pelbagai hikmahnya.Aku juga penuh berada dalam situasi itu,tapi untuk seketika aku mula berbicara sendiri dan berfikir..dan aku mula menjumpai jalan keluar..aagar aku tidak terus menyalahkan apa yang tidak salah dan mengiakan  apa yang tidak..

Aku makin cekal dan kuat untuk sentiasa menerima..
Adakalanya,mereka tidak mahu merasa menderita.takut untuk kecewa..tapi sampai bila?sampai bila berada dalam kepompong dan tidak membesar menjadi kupu-kupu?kita hidup makin tua,makin meningkat umur..bukan makin mundur..jika selamaya tidak mahu merasa kepahitan hidup,bila akan rasa kemanisannya?kerana sebalik kepedihan itu ada yang manisnya.insyaallah jika kita masih lagi berpandukan apa yang sepatutnya..


p/s: break for  one minute at OldTown