Mahkota seseorang adalah akalnya.
Derajat seseorang adalah agamanya.
Sedangkan kehormatan seseorang
adalah budi pekertinya."

[Umar bin Khattab Radhiyallahu 'Anhu]

Berani menyuarakan pendapat, berani kerana menegakkan sesuatu yang benar, berani untuk memilih yang tepat.
Takut hanya pada Allah, hormat hanya pada manusia.

" Bila MATA adalah tempat untuk melihat sesuatu yang NYATA, maka HATI adalah tempat untuk melihat apa yang TAK nyata namun kita boleh 'merasakan' itu nyata, maka RASAkan setiap CINTA & KASIH orang-orang disampingmu, disitulah kita akan merasakan kehangatan yang belum pernah kita rasakan, iaitu rasa KASIH SAYANG....."


Isnin, 26 September 2011

YA ALLAH YA TUHANKU

SEANDAINYA DIA MENJADI MILIKKU TERCIPTAKANLAH DIA UNTUK AKU
DAKATKANLAH DIA PADA KU
SATUKANLAH HATINYA DAN HATIKU
TETAPKANLAH KEMESRAAN ANTARA KAMI AGAR KEBAHAGIAAN KU RASA INI ABADI

SEANDAINYA TELAH KU TIDAK DITAKDIRKAN DIA
BAWALAH DIA JAUH DARI PANDANGANKU 
DAN PELIHARALAH DIRIKU DARI KEKECEWAAN
BERIKANLAH DIRIKU KEKUATAN UNTUK MELONTARKAN  BAYANGANNYA  KE DADA LANGIT..AGAR AKU RASA BAHAGIA WALAUPUN TANPA DIRI NYA

YA ALLAH..YA TUHANKU

ENGKAU GANTIKANLAH YANG HILANG ,TUMBUHKANLAH KEMBALI YANG PATAH
MESKIPUN TIDAK SAMA DENGAN DIRINYA
SEANDAINYA DIA DATANG MENEMUIKU
CINTA ITU ADALAH SAJATI DAN SATU.
JIKA TIDAK IA DATANG MENEMUI KU
ANGGAPLAH CINTA ITU TIDAK PERNAH WUJUD DARI AWAL LAGI..

YA ALLAH..YA RABBI..

aku pasrah atas apa yang engkau takdirkan
kerana ia adalah yang terbaik untukku
kerana engkau maha mengetahui
bahagia yang terbaik untuk hambamu ini..

p/s:CINTA..bawalah rasa ini pergi bersama...
tak berapa hari ja lagi,..aku dah nak angkat kaki blah dari s.p ni..tapi aku g mana pun,,ati still kat sp...tak tau npa...nak dilupa sakit..nak di ingat-ingat pahit..

macam2 aku dapat kat sini.yang best ka tak..tak perlu la disoalkan kat sini..yang pasti,..dunia aku bukan lagi nyata kat sini..

today..aku ride dari kulim ke sg petani.umah sewa..dari pukul 6ptg pukul 8malam kot baru samapai..
hujan lebat..sejuk sangat2..tapi aku tak terasa pun..sedangkan aku tak tahan sejuk
dalam kepala otak ni banyak benda yang menjadi persoalan.badan rasa lemah sangat nak balik s.p..
kalau sebalum ni gedik2 sangat nak balik s.p kalau boleh xmau balik kg..


SHE RIGHT..
 aku actually tengah mendelete memory yang tak sepatutnya aku..tak tau napa...sedangkan aku tak nak buat!!!..kalau la dunia ni wujud supermen,badmaen,atromen suma tu kan..nak ja aku mitak tolong kat depa 2..

hye..aku dah hanyut dengan dunia aku selama ni..alam maya..yang sedangkan aku seniri tak tau mana penghujungnya.

tetiba senyap menyepi ja...tak diberi peluang tuk penjelasan,.dan tak di beri penjelasan...bayak persoalan yang tergantung...HOW COME r....

.................
diri seolah-olah sesak nafas,fikiran merawang entah kemana,mudah sangat melatah and jantung ni macam nak pecah..sangat tertakan hingga sakit kepalasakit belakang pun rasa dalam tidur.
masa bergerak dengan pantas..kerisauan yang melanda menjejaskan tenaga dan membebankan keluarga,rakan dan fizikal

"saya bimbangkan tentang pelbagai perkara di sepanjang hayat tetapi kebanyakanya tak pernah berlaku"
..
jantung ni tanggung berbagai masalah dalam satu masa...

.nothing to say ..but "kebimbangan ini tak menghilangkan kesedihan hari ini pun,,tapi cuma menelan kekuatan yang ada pada hari ini..."

baik sangga dan tawakal kepada allah untuk menenangkan jiwa,berakhlak luhur disenangiNya dan manusia..mengikut nafsu menjadikan fiiran tak menentu dan jiwa menderita selalu..

allah jua penentu segalanya..namun aku masih disini menanti,mencari.tak pasti dengan kata hati,.hidup ini indah jika segalanya kerana allah.cahaya jingga kan menjadi nyata.aku mohon padumu ya rabbi..pimpinlah aku..






Jumaat, 23 September 2011

hari yang tak menyihatkan badan..huuhhu...sambil membelek-belek gambar yang aku raya cun..haha..lets check...

 cantik je pemandangan kan..macam orang dalam tu


cermin ni terlalu besar untuk saya.


apa boleh buat..nakal2 cikit..


sempat juga...at least...


with @Nurul Jannah


saya suka edit...sebab pic ni ada yang tak sepatutnya..huhuhu...


jejaka idaman bersama saya....sepupu aku,Mohamad Faiz..


 at the lst things..banyak benda yang saya pikir..pikir apa tak tahu la..dekat baling..

Khamis, 22 September 2011

“LELAKI,,SEDAR LA..WANITA SUDAH DOMINASI


Dari dulu sampa sekarang,banyak persepsi negatif pasal lelaki.Ada saja yang tak kena.Pada si kaum wanita..sering kali mengatakan lelaki sukar nak difahami.Bila “angin baik”dibelai,dimanjai dikasihi.Tetapi bila “angin puting beliung” dia datang sumanya macam tak sedar diri.Tak sedar diri sudah beristeri...to guys..apa tuduhan ni boleh terima pakai??

Kalau dulu,kasih sayang si ibu yang lebih dengan anak,tapi sekarang,wanita keluar bekerja,sibuk dengan kerjaya,sehingga lelaki yang menjaga makan pakai anak-anak.Si ayah yang lebih memahami dalam soal permasalahan anak.
See...wanita semakin mendominasi..>.<”

Jika dulu,wanita sebati dengan memasak,tapi kini memasak bukan lagi agenda penting bagi wanita..sarapan pagi hanya dengan nasi bungkus,makan malam juga berasingan.kerana banyak menumpukan  pada kerjaya.Sampaikan ada yang mengeluarkan fakta “jika harapkan wang suami,pakai cawat besi la aku”...
Mungkin masih ada yang tak sedar..ramai lagi kaum minoriti yang tak ada lesen memandu.Kaum hawa lebih bayak mempunyai lesen daripada kaum adam.Wanita lebih kelihatan keterbukaan.Sedangkan dengan alasan lelaki membuatkan mereka masih di belakang.

Sesetengah pula ada yang berani menyahut cabaran jika jalan raya cuba dijadikan jalan maut untuk berlumba. .kenapa ya?

Jika dulu,lelaki dicop sebagi “kuat cemburu”,pantang jika isterinya dipandang oleh orang lain,pasti ada yang dapat ganjarannya.Tapi kini,banyak cerita media massa sudah ada si isteri yang menakik kepala suami dengan parang  kerana berlaku curang..

 Sudah ada cerita isteri mencurah asid pada suami kerana berhasrat nak tambah “cawangan’.Ada pula cerita wanita yang tak sabar-sabar kahwin dengan laki orang dan minta laki ceraikan isteri kedua..
Bermacam-macam cerita jika kita berada pada kelompok yang berbeza..ada yang mengatakan lelaki hanya tahu buat anak tapi tak tahu nak bertanggungjawab...lihatlah sekalian..banyak kes penceraian berlaku,tapi nafkah anak tak pernah ditunaikan.

Ada kisah lelaki didera oleh wanita,wang saku juga dikawal.Katanya untuk berjimat cermat sedangkan wang berkepuk-keput nak buat apa?nak buat pekasam?

Malah kini wanita semakin berfikiran terbuka,memikirkan masa depan dalam masa yang panjang..sedangkan lelaki masih bersikap sambil lewa.Bak kata orang tua-tua..”mengaji apa tinggi-tinggi,nanti dapur jugak tempanya”..

Oh no...beware with your word...tak lagi suma tu..

Melihat dunia globalisasi sekarang,banyak yang berubah..wanita semakin gah.Ada yang melebihi lelaki.Banyak yan sudah berjaya..Sedangkan lelaki tak dapat mendakwa apa-apa.

Jika melihat situasi ini pasti terasa pedih ..untuk si lelaki jangan salahkan kaum wanita,Tuhan maha adil,jika diusahakan berterusan pasti dapat habuan..tapi si lelaki masih lagi di tahap yang sama.tak berbuat apa-apa...Tetap “ladies first”

p/s: Tapi dalam masa yang sama tak mahu ubah sikap dan mentaliti..Lelaki oh lelaki...

TERAPI CINTA :Alam Maya



Eh..dengar tajuk macam nak jadi Doktor cinta ja.Ok jugak macam tu pun..hasrat hati nak jadi motivator  tak kesampaian..so kongsi sikit pengalaman kat sini pun ok la..hope this messagge delivered to all...

Ramai  yang dok bina negara sendiri..”negara bergosip”..so k la kan..at least  rasa macam diorang ambl berat kan..kalau tak wat apa diorang nak talking bout us rite...

Opss..boyfriends berusia.sesuai ke?
Ada yang berpendapat berkawan dengan lelaki berusia ni best,because of what..their more metured and more understanding..pandai ambil hati and romantis lagi.But ada yang cakap lelaki berusia ni cerewet and kuat cemburu..huhu..setahu aku..yang sama usia la pening sikit nak kontrol.

70% kawan-kawan yang rapat ngan aku adalah 6-20 tahun lebih dari umur aku ni..tak percaya?huhu..bila bergaul dengan orang dalam golongan ini,buat aku lebih rasa dihargai ..

 Nak buat apa.tak perlu penjelasan yang panjang..satu patah perkataan dah cukup..kadang bila dengan rakan yang sama umur,mereka tak banyak pengalaman.so tak banyak benda yang boleh sharE

Kadang bila berada dalam kelompok diorang ni wat diri lebih matang..berbicara tentang perkara yang lebih matang.Nak cakap apa pun,lebih terbuka..tapi when  i sit on same age witf me,anything out from my lips need to beware.(its not me).becarefull.takut ada yang tersinggung....
Bila bercakap dengan orang lama,,tak sama situasi bila bercakap dengan yang sama umur.Penggunaan hormon masa tu pun,,berbeza.

Orang lama bukan tua....

Bila kita tak tahu nak sesuaikan diri dengan sekeliling..nanti kerja makan diri la..tak boleh nak bergaul dengan orang luar..masa belajar ni ok la suma boleh..sebab sama umur lebih kurang..nanti kat tempat kerja bukan boleh pilih nak kawan dengan sapa..silap hari bulan kena pulau ..

Penilaian untuk sebuah persahabatan jangan diukur dari segi umur..tetapi dari segi peribadi serta sifatnya.Bijak untuk buat keputusan,dan rasional dalam berfikir..tak rugi sikit pun kalau kita lebih bersifat terbuka...jangan berfikiran cetek..tak kena dengan sijil,diploma,ijazah yang dipegang laa kalau macam tu..tak gitu?

Bila tak dapat nak sesuaikan diri dalam kalangan orang yang berusia,maybe something in your head.sikit ego dan persepsi yang kurang baik.jangan terlalu negatif.Their are same with other..tak salah mendekatinya kalau banyak manfaa diperoleh..pengalaman hidup..heyy ..!!! diorang lebih banyak cerita nak diceritakan..



p/s: Nia berbicara bila diri berada dalam situasi..bukan sekadar imaginasi untuk dikongsi..

Isnin, 19 September 2011

Lebih baik jangan bazirkan masa fikir benda yang membuang masa.


Tahun 2011 banyak mengubah aku..cara hidup,cara bercakap,cara mengekspresi diri..banyak lagi laa...im learn so much thing..

Dendelion punya cara hidup tersendiri.Rumput gajah juga punya cara hdup tersndiri.Begitu juga urat daun.Daun urat yang tumbuh di tanah haus,di tepi jalan terpaksa membesar dalam keadaan yang susah.Kalau tumbuh di tanah yang berzat pasti rupanya akan berbeza.Ia akan menjadi lebih baik dan matang subur ditanah yang lembap.tidak kira apa y berlaku,jangan ubah sikap jika nak hidup lebih baik dari daun urat...

Aku juga sebegitu ..aku rasa aku punya cara hdup yang tersendiri..lebih suka bergera sendirian..mungkin ada yang kata aku menyendiri tapi mungkin tu lebih baik...mungkin banyak yang berubah..tapi sikap jujur pada setiap yang berada di sekeling tak pernah berubah..that one thing aku jaga sampai hari ini..

Orang boleh rasa kalau kita tak jujur..orang boleh meneka kalau cuba menipu..sama la kan..kalau orang try nak tipu kita mesti rasa something wrong kan kan kan...

Akiviti aku yang wajib tiap hari mesti buka facebook walau pun in one minute..almost..
Tengok ja status-status orang huhh...senggugut kepala oo..rasa macam tuju kat kita ja..padahal tak pun..
Terlalu obses bila luah perasaan..yang selalu sangat..ayat ni wajib ada.”penipu,,pengkianat..tunggu la kau mesti dapat balasan yang sama”..”aku pun tak hingn la,,nak sangat ,ambik la”...mesti la..

Hey..come on la..bukan nak mengata tapi nak kata la nih..cari salah sendiri dulu baru tunding jari pada orang lain.

Nak tegur tak kena..tak tegur pun lagi sakit kepala..mana taknya..kawan kawan ..paham-paham la bila tegur..kena time ka tak kena time ka..mesti kena sembur balik..selemah lemah iman tegur dalam hati je la..apa boleh buat..tak semua orang boleh terima teguran..


p/s: setiap tindak tanduk kita..tak ada yang tak seorang pun mengetahuinya...mungkin kita menyorok sekalipun,masih ada yang melihat walaupun kita tak berbicara.sedangkan dinding pun boleh mengengar...^_^~

Ahad, 18 September 2011

belajar???



Setiap detik,aku belajar melupakan kisah silam yang sarat dengan dendam.aku cuba memadamkan api yang menyala yang entah bila akan padam.walaupun tiap detik,minit,saat tak dapat bayangkan betapa perit menjalani kehidupan.



Setelah sekian lama,aku belajar mengharungi kehidupan yang penuh dengan teka teki dengan jawapan yang tak pasti.sedangkan masa tak pernah berhenti menunggu aku untuk cuba berfikir.


Sekian kali,aku belajar menghargai hari esok yang banyak lagi perkara tersorok.dan setiap kali itu,ia memanggil aku untuk menjenguk.otak ligat berfikir apa kemungkinan yang akan berlaku.takut,resah,curiga sentiasa bermain dalam kotak fikiran.


Ingin aku berlari jauh dari segala hal yang cuba tampil seperti kaca dan duri,yang sering melukai diri.tetapi,tak berdaya lagi untuk aku berlari sedangkan aku hanya mampu untuk menepis segala cubaan.

Pernah juga aku sekadar terus melangkah dalam keadaan pasrah.hanya menoleh melihat harapan yang musnah..syahdu untuk mengenang,tapi pasrah dan tabah untuk hari hari yang akan mendatang.


Kini,hari ini..tika ini..aku belajar untuk mencintai dan dicintai juga menerima dan memberi malah aku ketawa dan tangis pada setiap detik untuk menanggalkan duri yang melekat pada pakaian.Mata aku pejam,melepaskan genggaman tangan yang penuh dengan dendam.merelakan hati dengan kemaafan dari semua yang aku pelajari sejak diri seperti tak dihargai.




Aku memohon restu dari ILLAHI..agar aku tenang di duniamu ini..

P/s: tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati..sekadar coretan dari minda yang ligat berfikir.dan yang pasti hanya untuk menginsafi diri.

Selasa, 13 September 2011

journey in my live...



teringat zaman sekolah dulu,tiap kali ada orientasi ja,..macam2 aktiviti yang kena join..salah satu yang aku suka sangat bila kena main ‘burung hantu”...
Pernah sekali dulu pi kem dekat Ulu Belum.Memang excited sangat2..orang cakap apa..tergedik2 nak pi..satu malam kitorang dibahagikan beberapa kumpulan..nak main burung hantu..haahh..memang mencabar r..besr best best..memang suka la banda2 mencabar ni..
Kitorang masuk hutan..jalan sampai atas bukit.pastu kena tinggal duduk sorang-sorang..gelap sangat tak nampak apa..takut pun ada jugak..doa jangan nak kata la..macam2 dah dok baca..kitorang diberi sekeping kertas and sebatang pen.masa dudukk kat tempat gelap tu,tulis ja apa pun yang terlintas kat fikiran..sempat ingat pesanan komander sebelum mula aktiviti tadi.Dia pesan kalau nampak apa2 jangan tegur...haa dan dan bulu roma terpacak...gila siot...

Lepas sejam kena tinggal tu,fesi-fesi yang bertugas mai ambik ...yehh..boleh balik dh..
`````````````````````````````````````````
Masa berkumpul dekat dewan..aku kena panggil pi depan..”ha,Nia masa dok dalam hutan tadi kamu pikir apa?tanya komander..
Cuak jugak kena bediri depan orang ramai..
Saya tak pikir apa2 komander..saya Cuma terpikir saya buta!!..jawab aku selamba..
sungguh.,masa Nia dok dalam gelap tu,rasa macam Nia buta ja.tak nampak apa2.dunia jadi gelap.takut sangat.tak ada yang nak pimpin.Hati pun tak tenang..jadi sempit.
Penah korang pikir macam tu bila kat umah tak ada elektrik ka,dok dalam gelap ka??serious,,.rasa bersyukur sangat bila dapat melihat dunia yang indah ni.

P/s:
"Jika engkau menghadapi dunia dengan jiwa lapang, engkau akan memperoleh banyak kegembiraan yang semakin lama semakin bertambah, semakin luas, duka yang makin mengecil dan menyempit. Engkau harus tahu bahwa bila duniamu terasa sempit, sebenarnya jiwa mulah yang sempit, bukan dunianya." (Wahyul Qalam, 1/50)

Gurau senda pengikat kasih.




Ada gadis yang sangat cantik dan suara yang merdu,.sebagai penyanyi di kelab malam..tapi bukan sebagai PEKERJA....Dan seorang bapa yang penuh dengan kih sayang.Kerana risau akan kesihatan si gadis,si bapa menghantar ubat batuk pada si gadis...
Di luar kelab..

Beberapa pengawal yang menjaga kelab itu sudah lali dengan perangai si bapa yang akan menhantar anaknya..tapi kali ini,si bapa datang semula dengan bungkusan.
Pakcik,anak Pakcik dah masuk dalam,nak saya tolong erahkan bungkusan ini pada Siti ka?.Ya tolong serahkan ya jawab si bapa dengan tenang.

Beberapa minit kemudian..si pengawal kembali untuk memaklumkan si bapa yang dia sudah serahkan bungkusan terebut.”Terima kasih lah nak,Pakcik risau akan kesihatan Siti,dah beberapa hari dia batuk,takut nanti suara menjadi garau,pelanggan akan lari,,jadi Pakcik belikan dia ubat batuk.”jelas si bapa.

Ohh,,ya,eh tu kenapa dengan tangan pakcik?pengawal bertanya ..sekadar luka kecil,tapi berdarah..
Pakcik eksident tadi,ubat batuk pecah,jadi terpaksa beli yang baru sebab itu lambat..”Pakcik,dah lewat ni,sejuk pula,Pakcik baliklah dulu............
......................

Jam dah lewat menunjukkan pukul2.45pagi..
Si gadis keluar menunggu di depan kelab malam untuk mendapatkan teksi.wajah kepenatan,dan kerisauan akan tak ada teksi untuk pulang.

Hai Siti,apa awak buat di sini?tegur pengawal..”Saya tunggu teksi,tapi macam tak ada ja”..jawab Siti selamba..Mana bapa awak?pengawal kehairanan..Si gadis lgi la kehairanan kenapa pula bapa dia mesti ada waktu ini..tak mungkin.

Ayah?!!..dia dah balik la lepas hantarkan saya tadi..pengawal hanya tersenyum lalu menunding jari ke satu arah..kelihatan si bapa tidur dengan nyenyak sekali..mulut sedikit terbuka.berpeluk tubuh kerana kesejukan pada angin malam.
Tanpa berlengah Siti meluru ke arah bapanya..

Si Gadis: ayah,ayah,..ayah...bagun kenapa tidur kat sini.
Si Bapa: ya,ayah tunggu kamu la..buat apa lagi.
Si Gadis:Siti boleh balik dengan teksi la..(sikit marah)
Si Bapa: Macam mana ayah nak tenang kalau dah lewat-lewat macam ni kamu nak balik dengan teksi jugal.Wajah kamu ni,bahaya la kalau naik teksi..jawab ayah sedikit bergurau.
Si Gadis: ish..bahaya apa pulak.
Si Bapa: bahaya la..cantik sangat.hehe
Si Gadis: ha ada-ada saja..malu saja dah la tidur mulut terbuka..
Si Bapa: eh cuba tengok,dalam mulut ayah ni ada lalat tak pun myamuk ka tak..tengok jab sayang
Si Gadis: hurm..lipas pun dah buat sarang dalam mulut tu..
“Siti sakit hati tengok ayah kesejukan dekat sini”.................

p/:Nia tak tahu apa si bapa pikir lepas tu..korang sambung dan pikir-pikir la eh..hehe..

Isnin, 12 September 2011

EVERYTHING IS EASY..


RETURN TO THE PAST...
Soetime i wish i could back in time and look me as a kids.But i do not expect return ..
the past is beautifull..whatever it sweet or NOT..!!

sambung semula pena penulisan yang tak seberapa ni..
dulu lain..sekarang lain..tak ada dulu,yang sekarang pun tak tercipta la..

EVERYTHING IS EASY..if we are thinking..
Ada orang kata cinta buta..ada orang kata cinta tu Cuma bawa penderitaan..and ada juga yang kata cinta tu penderitaan
Let check sama-sama.,cinta tak buta tapi kita yang bercinta yang buta kerana cinta..tak macam tu?tu la..biasa ..manusia,,selalu salahkan benda yang tak sepatutnya..cinta tu buta sebab dia tak tahu nak bercinta..cinta tu bawa penderitaan sebab dia tak tahu nak menghargainya,,

Cinta is awasome..4 me!!..how i get,i fell it..so much..walaupun banyak perkara yang perlu dilalui..tapi tu la kemanisannya..cinta datang pada yang bersedia menerimanya..

betapa mulianya cinta bila kita tahu betapa bernilainya perasaan tu..DONT say u in love if u dont know how it is..

Cinta satu perjuangan yang tak pernah berakhir..Mungkin dalam sebuah perjalanan untuk memperjuangkan cinta tu,aku sematkan mempi-mimpi yang indah..


Berhent minum kopi dulu..^_^”

Ahad, 11 September 2011

Tonight is Tonight..!!


catch it..

Setapak kita melangkah
Langkah demi langkah diambil
Tak perlu terburu-buru
Tapi apakan daya..
Masa kian cemburu ..

Senyuman galak terukir terhias dibibir..
Itukan kepuasan?
Kepuasan nikmat yang diperoleh..
Belegar-legar hilang bersama rintik hujan.

Adakah terlalu awal?
Kemenangan yang diraih..
Penat berperang dalam perjuangan..
Tapi,apa yang pasti,,belum ada yang pasti
Tetap kerinduan menyulubungi hari..

Jangan sayang..
Langkah kita biar berpanjangan..
Jangan terburu-buru..
Ia bukan perlumbaan
Tapi kenikmatan yang perlu dirasai..
Untuk bersama kita harungi..

Sabtu, 10 September 2011

Cerita malam hari



Hai.hai..hai..rindu la nak menulis..nak mencurahkan idea yang ada dalam pala otak nih.Dok tepu dalam kepala gedik-gedik nak kuar ni.

Lagu aizat berkumandang kat handfhone..ishh,sapa pulak antr masaj nih,.
Abang’’..
Manja,siap stg kol 8.15 ok.kita pi dekat kak yana..alor setaq.

Pantas ja jari jemari menekan enset nak balas masej.
OK..

Semangat ja nak siap.nak pakai baku apa tah..pantas ja tangan menarik keluar baju merah dari almari..hope he love its...tapi dalam hati terpikir jugak,kalau pi a.staq,kol bapa nak balik ni..sok exam pagi etang pulak 2...alaa..
(Tak pa la..bawak buku..tak lama sangat kot.)

Masuk ja dalam kereta terus ja buah hati tegur.hai..cantik manaja ri ni..dalam hati ni wahhh...riak tak sanggah dah..”hehe.maceh.”..pantas ja kaki dia menekan minyak untuk menghala ke destinasi yang nak dituju.

Cinta,kita nak pi kat kak yana buat apa?..hurmm..tak payah pi tak pa ka?...cepat ja dia balas ‘kenapa?manja tak mau pi eh?..tak nak tak pa..cinta nak call sapa eh teman cinta”..dalam napa gurau..
“bukan tak mau pi..ermm..xda apa laa..


Pukul 12.15a.m
Ish.aku nak baca apa ni..dengan bising apa suma.hurmm..syarat ja tengok buku ni..hampeh..

Pukul 3.35a.m
Ahh..bila nak balik ni..EXAM laaaa esok..dalam hati dok besumpah dah ni ..dosa kering ja.muka ketat macam getah dah ni..memang kena getah dah la ni.sayoq lagi!!
....
Kelmarin aku cakap nak dok dengan dia bukan nak lepak sekali dengan depa-depa nih..hampeh..dia boleh sonok aku boleh apa...coklat angin la.nak sembang skali pun aku tak tau apa depa sembang.sat lagi masuk campoq macam naik moto pakai payung pulak..

Dah tu balik kena pulak selapih...salah juga aku pun...pi mai pi mai tang tu jugak aku nih kan kan kan...




Haa..malu dengan depa sebab muka aku ni macam cempedak busuk dah..nak jaga sangat depa tu,..aku ni..sapa nak jaga..sok nak exam bukan tak tau..ka wat-wat lupa pasai tu..tadi tak mau ikut dok melawak boley..padahal ..tarik muka bukan sebab apa..pala otak ni dok pikir exam sok ja.bukan niat nak wat macam tu pun.
Oh no...ayah aku paling memahami kalau dia ada..

There are many things in life that will catch your eye,but only a few will catch your heart..pursure those

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”


Rasa macam nak nangis ja..macam diri ni tak wujud ja masa dekat umah tu..halimunan sementara kot..
Balik sampai ja umah..masuk bilik tunggu lagi..banjir la..ahh..asal aku nangis pulak..tak da hal pun..tapi memang ada hal pun..
Hurmm..terima ja la..nak kata apa lagi.
Kerana cinta..
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka





Isnin, 5 September 2011

KEMARAHAN::Kawal Sebelum Ia Menguasai Diri ::


Apabila anda tersinggung dengan kesalahan seseorang berpalinglah kepada diri sendiri.Anda akan lupa pada kemarahan yang ada.-Epitetus.


Kemarahan adalah keadaan emosi yang berbeza-beza.Lahir dari perasaan tersinggung kepada kemarahan yang meluap-luap.


Kadang benda kecik ja pun,tapi melenting tak tentu pasal macam orang buat salah besar sangat.Kadang-kadang ingat balik kisah silam pun boleh buat kita rasa marah,marah dengan diri sendiri tapi orang cakap nak kesal pun tak guna dah,benda dah jadi.”Nasi dah jadi bubur”..ha lebih kurang macam tu lah.

Geram kan bila seseorang tu marah last-last datang lepas geram,marah-marah kita pulak.Cengeng..itu la punca nak bergaduh.Nak bermasam muka..suma ada la.Lepas tu baru la rasa menyesal..kan rugi..
Bagi sesiapa saja,tambah-tambah lagi yang panas baran tu,..bawak-bawak bersabar la bila marah.Cuba cari jalan untuk hilangkan marah tu,kalau dilayan memang la susah.Orang seseliling yang tak sepatutnya terlibat pun boleh masuk campur sama.

CARA KAWAL MARAH..~~

v  Ubah cara fikir
Sebaiknya fikirkan perkara yang positif,jangan lah kita nak semakkan kepala dengan anasir-anasir jahat saja.Cuba pujuk diri dengan perkara-perkara yang baik,baru la reda sikit perasan tu.

v  Perbaiki komunikasi
Bersabar dan fikir dengan akal bukan dengan nafsu.Jangan ikut perkara pertama yang terlintas dalam kotak fikiran kerana masa tu,mungkin kita dalam keadaan tak stabil dan buat keputusan yang tidak bijak.
FIKIR DENGAN TELITI SEBELUM BERSUARA.

v  Ubah persekitaran
Luangkan sikit masa untuk diri,kan lebih baik kalau duduk terperap saja..pergi ke tempapt yang boleh tenangkan fikiran.At least boleh juga hilangkan tekanan tu.

v  Elakkan diri
Contoh kalau kita dalam keadaan yang kalang kabut,hilang sabar sampai nak bergaduh,cuba kita elakkan diri macam blah ja dari situ..tak ada nak yang pecah muka,makan gelas ka apa.Bukan takut tapi lebih baik kan..

v  Cari alternatif
Kalau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas boleh ja kita cari jalan lain,ikut jalan lama la,potong kiri la,napa tak semasa marah..

P/s:
Lebih baik kita luahkan perasaan tu dari kita pendam seserang,mungkin perasaan tu boleh reda sikit..so tak ada la nanti meletup macam gunung berapi kan.
Hidup ni sentiasa dipenuhi dengan kekecewaan,kesakitan,kehilangan dan tindakan orang sekeliling di luar jangkaan.Kita mungkin tak boleh nak ubahnya,tapi kita mungkin boleh ubah cara seseuatu itu mempengaruhi kita..

 "Jika anda bersabar dalam sedetik kemarahan,anda akan terselamat daripada kedukaan seratus hari."

Ahad, 4 September 2011

"SELEPAS SESUATU KESUSAHAN ADA KEMUDAHAN"...


Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang itu daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.


Mengapa takut dengan dengan bayang-bayang sendiri..setiap perkara yang kita lakukan hanya berpandu pada kepercayaan pada diri sendiri.

Akhirnya kita sentiasa di belakang.tidak maju untuk mendapat kejayaan.Kalau ingin melihat bintang tidak semestinya kita perlu duduk dalam kegelapan.Seperti itu juga kalau kita ingin berjaya,menilai potensi diri,kita perlu mencuba.

Tidak kira berjaya atau tidak asalkan kepercayaan pada diri sendiri tidak lentur.

Kalau kita takut untuk mencuba membuatkan kita  telah gagal dari awal lagi.Hanya apabila kita  gagal dengan teruk saja akan berjaya dengan hebat apabila dia belajar sesuatu dari kegagalan sebelumnya.

Tak perlu la nak kesal tentang kegagalan dan kesilapan yang lalu,tapi kita Cuma perlu fikir apa tindakan untuk langkah seterusnya..barulah temui sinar kejayaan tersebut.

Berani untuk mencuba,berani untuk terima kegagalan,berani untuk menempuh dugaan..barulah kita menjadi orang yang hebat.
 "biar gagal dalam perancangan daripada gagal untuk merancang"

Orang yang bodoh sombong saja tidak kenal erti kejaaan sebenar.Baru berjaya sedikit dah riak,sedangkan kejayaannya itu tidak akan kekal kerana dia tidak kenal erti kegagalan.Sekali ia terima ujian kepayahan,dia akan turus tersungkur.Manakan tidak,tak berani,cakap ja pandai,tapi baru cubit sikit dah mengaduh sakit.

p/s: Nia ambil kesempatan ini untuk menyatakan,ambillah peluang sebaiknya apabila kita gagal,dari kegagalan tersebut belajarlah apa yang tersirat.Jangan kita anggap kegagalan itu sebagai kesilapan,Tapi fikir bahwa kegagalan itu sebagai pengajaran untuk kita.So,apa yang paling UTAMA apa saja yang ingin kita lakukan,make sure u make a wisely planning and clear GOAL..  bak kata pepatah "biar gagal dalam perancangan daripada gagal untuk merancang".so nanti tak ada la nak frust nak menongeng sangat kan.

Hidup kita seperti roda,apabila kita berjaya ,sikit hari pasti kita berada dibawah juga.Apabila kita gagal kita bukanlah seorang yang bodoh tapi seorang yang berani.Mencuba untuk berjaya.


JANGAN BILANG HIDUP BILA HIDUP TIDAK ADA UJIAN,
JANGAN BILANG BERJAYA BILA TAK MERASA KEGAGALAN,
JANGAN TERUS BERADA DALAM KEGELAPAN,
KERANA KELAK TAK PERNAH MERASA KEJAYAAN.