Apabila anda tersinggung dengan kesalahan seseorang berpalinglah kepada diri sendiri.Anda akan lupa pada kemarahan yang ada.-Epitetus.Kemarahan adalah keadaan emosi yang berbeza-beza.Lahir dari perasaan tersinggung kepada kemarahan yang meluap-luap.
Kadang benda kecik ja pun,tapi melenting tak tentu pasal macam orang buat salah besar sangat.Kadang-kadang ingat balik kisah silam pun boleh buat kita rasa marah,marah dengan diri sendiri tapi orang cakap nak kesal pun tak guna dah,benda dah jadi.”Nasi dah jadi bubur”..ha lebih kurang macam tu lah.
Geram kan bila seseorang tu marah last-last datang lepas geram,marah-marah kita pulak.Cengeng..itu la punca nak bergaduh.Nak bermasam muka..suma ada la.Lepas tu baru la rasa menyesal..kan rugi..
Bagi sesiapa saja,tambah-tambah lagi yang panas baran tu,..bawak-bawak bersabar la bila marah.Cuba cari jalan untuk hilangkan marah tu,kalau dilayan memang la susah.Orang seseliling yang tak sepatutnya terlibat pun boleh masuk campur sama.
CARA KAWAL MARAH..~~
v Ubah cara fikir
Sebaiknya fikirkan perkara yang positif,jangan lah kita nak semakkan kepala dengan anasir-anasir jahat saja.Cuba pujuk diri dengan perkara-perkara yang baik,baru la reda sikit perasan tu.
v Perbaiki komunikasi
Bersabar dan fikir dengan akal bukan dengan nafsu.Jangan ikut perkara pertama yang terlintas dalam kotak fikiran kerana masa tu,mungkin kita dalam keadaan tak stabil dan buat keputusan yang tidak bijak.
FIKIR DENGAN TELITI SEBELUM BERSUARA.
FIKIR DENGAN TELITI SEBELUM BERSUARA.
v Ubah persekitaran
Luangkan sikit masa untuk diri,kan lebih baik kalau duduk terperap saja..pergi ke tempapt yang boleh tenangkan fikiran.At least boleh juga hilangkan tekanan tu.
v Elakkan diri
Contoh kalau kita dalam keadaan yang kalang kabut,hilang sabar sampai nak bergaduh,cuba kita elakkan diri macam blah ja dari situ..tak ada nak yang pecah muka,makan gelas ka apa.Bukan takut tapi lebih baik kan..
v Cari alternatif
Kalau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas boleh ja kita cari jalan lain,ikut jalan lama la,potong kiri la,napa tak semasa marah..
P/s:
Lebih baik kita luahkan perasaan tu dari kita pendam seserang,mungkin perasaan tu boleh reda sikit..so tak ada la nanti meletup macam gunung berapi kan.
Hidup ni sentiasa dipenuhi dengan kekecewaan,kesakitan,kehilangan dan tindakan orang sekeliling di luar jangkaan.Kita mungkin tak boleh nak ubahnya,tapi kita mungkin boleh ubah cara seseuatu itu mempengaruhi kita..


"..perkara terbaik dlm hidup adalah bertemu dengan seseorang yang tahu segala kelemahan dan keburukkan kita tapi mereka tetap mahu menghargai kite dengan ikhlas dan tanpa ragu...."
BalasPadam"ya ALLAH..If saya tak dapat apa yang saya mahukan..plz..let me want what I already have..
sesungguhnye dlm hidup..tak semua yg kite nak kite akan dapat.k.harus bersyukur coz there is always a reason for why it is..."