Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang itu daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
Mengapa takut dengan dengan bayang-bayang sendiri..setiap perkara yang kita lakukan hanya berpandu pada kepercayaan pada diri sendiri.
Akhirnya kita sentiasa di belakang.tidak maju untuk mendapat kejayaan.Kalau ingin melihat bintang tidak semestinya kita perlu duduk dalam kegelapan.Seperti itu juga kalau kita ingin berjaya,menilai potensi diri,kita perlu mencuba.
Tidak kira berjaya atau tidak asalkan kepercayaan pada diri sendiri tidak lentur.
Kalau kita takut untuk mencuba membuatkan kita telah gagal dari awal lagi.Hanya apabila kita gagal dengan teruk saja akan berjaya dengan hebat apabila dia belajar sesuatu dari kegagalan sebelumnya.
Tak perlu la nak kesal tentang kegagalan dan kesilapan yang lalu,tapi kita Cuma perlu fikir apa tindakan untuk langkah seterusnya..barulah temui sinar kejayaan tersebut.
Berani untuk mencuba,berani untuk terima kegagalan,berani untuk menempuh dugaan..barulah kita menjadi orang yang hebat.
Orang yang bodoh sombong saja tidak kenal erti kejaaan sebenar.Baru berjaya sedikit dah riak,sedangkan kejayaannya itu tidak akan kekal kerana dia tidak kenal erti kegagalan.Sekali ia terima ujian kepayahan,dia akan turus tersungkur.Manakan tidak,tak berani,cakap ja pandai,tapi baru cubit sikit dah mengaduh sakit.
p/s: Nia ambil kesempatan ini untuk menyatakan,ambillah peluang sebaiknya apabila kita gagal,dari kegagalan tersebut belajarlah apa yang tersirat.Jangan kita anggap kegagalan itu sebagai kesilapan,Tapi fikir bahwa kegagalan itu sebagai pengajaran untuk kita.So,apa yang paling UTAMA apa saja yang ingin kita lakukan,make sure u make a wisely planning and clear GOAL.. bak kata pepatah "biar gagal dalam perancangan daripada gagal untuk merancang".so nanti tak ada la nak frust nak menongeng sangat kan.
Hidup kita seperti roda,apabila kita berjaya ,sikit hari pasti kita berada dibawah juga.Apabila kita gagal kita bukanlah seorang yang bodoh tapi seorang yang berani.Mencuba untuk berjaya.
JANGAN BILANG HIDUP BILA HIDUP TIDAK ADA UJIAN,
JANGAN BILANG BERJAYA BILA TAK MERASA KEGAGALAN,
JANGAN TERUS BERADA DALAM KEGELAPAN,
KERANA KELAK TAK PERNAH MERASA KEJAYAAN.



emm....
BalasPadamapa maksud tu?
BalasPadam'Mentol'yg menerangi kita pd hari ini, berjaya di-cipta setelah 999x percubaan menemui kegagalan.
BalasPadam